Nafisbest

DOAKU  

Ya ALlah, Sesungguhnya aku tlh bnyk m'aniaya diriku & hanya Engkau yg dapat m'ampuni segala dosa, maka ampunilah aku dgn p'ampunanMu & sayangilah aku, Sesungguhnya Engkau Maha P'ampun & Maha Penyayang...

NASIHATKU
 

Selagi ada kehidupan, selagi itu adanya ujian & selagi itulah perlunya ada usaha...tanpa mengenal jemu & putus asa.
*******

Manusia itu dibinasakan dgn 2 perkara iaitu berlebihan perkataan & berlebihan perbuatan.
*******
Kebanyakan manusia tidak mengaku yg mereka sebenarnya bermasalah...
*******

Orng cemerlang sentiasa bertindak secara berjemaah, banyak keberkatan yg didapati melalui tindakan secara berjemaah
*******
buangkan jemu,dalamilah ilmu, singkirkan kemalasan,fikirkan keampunan, buang sikap menangguh,bertaubatlah bersungguh-sungguh.         
********

Orang yg benar2 mencintai akhirat adalah orang yg tidak bersedih terhadap apa yg hilang dari dunianya & tidak terlalu gembira dgn apa yg ia dapat dari dunianya
*******

Hidup tak selalunya indah, langit pun tak selalu cerah...inilah hakikat perjalanan hidup manusia di bumi yg fana
*******

KALENDAR
 
LAGU
             
JOM...MESEJ  
 
Friday, June 01, 2007
MEMOHON SUMBANGAN PROGRAM KHEMAH IBADAH
Pada 22hb hingga 24hb Jun 2007 ni sekolah tempat aku mengajar iaitu SRA Sri Al-Ummah akan mengadakan program Khemah Ibadah untuk pelajar Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6). Objektif program ini adalah untuk membentuk jatidiri pelajar sebagai individu muslim.

Sehubungan itu pihak sekolah memohon sumbangan ikhlas dalam apa jua bentuk terutama wang bagi menampung kos program ini yang dianggarkan mencecah RM6000 lebih. Semoga berkat daripada keikhlasan anda akan mendapat balasan & keberkatan dari ALlah SWT.

Akaun Maybank = 162143074466
Akaun Bank Islam = 14032020301415



STUDY SMART, PRAY HARD!!!
posted by Nafis @ 7:44 PM   0 comments
Tuesday, May 29, 2007
Cikgu...Oh! Cikgu.

Fuh!!! Lama giler tak update blog, hampir 5 bulan rasanya. Bukan apa, kerjaya baru aku ni tak mengizinkan aku untuk mengadap internet lama2. Almaklumlah, aku belum penah ada pengalaman mengajar sebelum ni…so terkontang kanting jugaklah. Minggu pertama ngajar rasa tension gak…dah nak resign pun…tapi bila lama-lama, dah maintain ngajor rasa oklah plak. Tapi penatlah…subjek sekolah rendah skrng pun boleh tahan gak susahnya…bukan mcm zaman aku kecik-kecik dulu. Sebelum ngajar aku sendiri kena study dulu…bukan apa takut tersilap ajar.


Kadang-kadang kesian tngk budak2 skrang belajar especially subjek Sains dan Math yg dlm BI. Kepuasan seorang guru akan terasa bila murid dapat keputusan yang baik…Contohnya baru-baru ni 2 orang anak murid aku Tahun 6 dari kelas lemah dapat A untuk subjek Sains….sampaikan rasanya aku plak yang terlebih gembira dari dia orang.

Bulan 9 ni budak2 tahun 6 akan menghadapi UPSR…risaunye! Lepas cuti 2 minggu ni mereka perlu bersiap sedia untuk ‘Gerak Gempak’. Mujur silibus dah habis...cuma ulangkaji tajuk tahun 4 & 5. Maklumlah Sains ni boleh dikatakan ‘killer subject’ untuk sekolah rendah. Mudah-mudahan Kau kurniakan aku ilham agar dapat mengajar dengan lebih berkesan dan kreatif.

Tapi tulah….yang paling best bila Hari Guru baru ni dapat banyak hadiah dan kad ucapan dari murid2.Best sungguh! Jadi guru ni ibarat kita bekerja dengan budak2. Kalu ngajar sahaja xpe…tp yg penat tu nak mengadap karenah kenakalan mereka tu yg ada tikanya menggugat kesabaran. Tapi, budak2 kata aku cikgu paling sporting….kononnyelah.Memang aku friendly dgn bebudak...maybe sebab aku ada adik sebaya mereka kot.

Aku doakan agar mereka menjadi manusia yang cemerlang dunia & akhirat. Benarlah...tidak mudah memanusiakan manusia...yang bukan seorang dua.Semoga aku diberikan kekuatan untuk menghadapinya.
posted by Nafis @ 12:28 AM   0 comments
Thursday, November 23, 2006
PAKU DI DINDING

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku..
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.


Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.


Dia mendapati,adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.



Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata
"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
  • Sentiasalah SETTING niat, UPGRADE iman, DOWNLOAD sabar, UPLOAD usaha, DELETE dosa. UPDATE doa & TOPUP ilmu... supaya dapatlah REDEEM pahala banyak-banyak!
posted by Nafis @ 1:39 AM   1 comments
Sunday, October 01, 2006
TIPS BERGUNA INTERNET
Pelayaran internet boleh menjadi sebuah pengalaman yang menarik atau sebaliknya jika menghadapi masalah. Untuk menjadikannya sebuah pengalaman yang menarik anda boleh bersedia dengan beberapa strategi yang berguna. Berikut adalah beberapa tip yang sesuai untuk anda gunakan semasa pelayaran web. Selamat mencuba.
Halang iklan
Kini semakin ramai pengguna mendapat iklan kamera X10 yang muncul secara tiba-tiba di skrin. Iklan ini menggunakan "pop-under ads" yang akan muncul secara senyap di belakang pelayar web anda. Walaupun ia tidak merbahaya tetapi ia agak membosankan. Untuk membunuh iklan ini ia berfungsi untuk 30 hari sahaja, klik pda bebutang More Info dan ia akan memaparkan laman web X10. Klik sambungan Customer Support dan klik kepada sambungan "Info on X10 advertising" kemudian pergi ke bawah laman dan kik pada Click Here! seterusnya klik pada sambungan yang akan mengelakkan iklan ini muncul lagi. Cookies pelayar web anda akan memadamkan ad tersebut.
Sambungan modem
Pengguna tentu marah dan kecewa apabila modem anda tiba-tiba terputus. Ini adalah tip untuk terus bersambung. Klik Start, Settings, dan Control Panel. Dalam Control Panel, dwi-klik ikon Modems. Klik Properties, Connection, dan klik bebutang Advanced. Dalam kekotak teks Extra Settings, taipkan S10=50. Arahan ini adalah untuk mengarahkan modem bersambung sebanyak tambahan lima saat jika talian terputus.
Jam bebunyi
MUSICMATCH Jukebox telah dilengkapi dengan jam loceng yang menggunakan lagu kegemaran anda. Untuk mencapai loceng ini, klik kanan pada ikon MUSICMATCH Jukebox dalam System Tray dan klik Alarm Settings. Dalam kekotak dialog Alarm Settings, anda akan dapat lihat loceng. Ia menggunakan kalendar sistem dan anda boleh tentukan loceng untuk masa dan hari yang berbeza. Pada ketika yang telah ditetapkan ia akan memainkan lagu yang telah ditentukan.
Tukar corak
Windows Media Player menggunakan paparan visual yang terdiri daripada denyutan dan ia berubah menurut rentak lagu. Anda boleh mengubah suai paparan ini kepada beberapa jenis. Pada Taskbar klik menu View, Visualizations, dan Musical Colors. Gunakan Star Power, Water Spray, atau pilihan lain. Jika anda tidak sukakan corak ini anda boleh cuba menu View, Visualizations, dan salah satu kategori seperti Plenoptic, Ambience, Dotplane, Spikes, atau Bars.
IE ringkas
Pengguna internet biasanya mempunyai laman web tertentu yang menjadi kegemaran mereka. Biasanya anda akan memasukkannya ke dalam senarai Favorites. Anda juga boleh membuat kependekan Desktop untuk laman web kegemaran anda. Caranya ialah pergi ke laman web kegemaran anda dan pergi ke sudut atas kiri pelayar web anda. Klik dan heret ikon IE tersebut ke desktop anda dan ikon laman web tersebut akan terbentuk.

Radio internet
Kualiti siaran radio internet RealPlayer bergantung kepada kelajuan capaian internet dan pilihan untuk mendengar semasa meluncur web. Dengan itu jika anda mahu mendengar sambil melayari web, anda perlu melakukan pengubahsuaian. Menu View, Preferences, Connection. Turunkan Connection kepada Normal dan Maximum Bandwidth untuk kelajuan yang kurang daripada kelajuan modem maksimum. Ia akan meningkatkan kualiti audio anda.
Kecilkan MP3
Pemain MP3 masa kini menggunakan banyak memori dan menerima storan tambahan untuk meningkatkan kapasiti. Dengan itu adalah baik untuk berjimat ruang. Semasa anda melakukan rakaman MP3, rakamlah ia dalam kelajuan 64Kbps dan tidak menggunakan 128Kbps. Cara ini fail MP3 akan menjadi kecil dan memberikan ruang yang lebih untuk lagu-lagu lain. Rakaman lagu MP3 pada 64Kbps adalah sama dengan kualiti bunyi FM.
Simpan Hotmail
Hotmail tidak mempunyai had jumlah nombor mesej yang boleh anda simpan dalam akuan anda pada satu-satu masa asalkan tidak melebihi 2MB. Untuk memeriksa jumlah saiz klik Folder pada Hotmail dan ia akan memaparkan jumlah saiz yang telah digunakan. Jika anda menggunakan Outlook Express 5, anda boleh memindahkan mesej anda kepada Outlook Express tanpa sebarang kerisauan mengenai had saiz dalam Hotmail. Tentukan folder mana dalam Outlook Express yang hendak anda gunakan untuk menyimpan Hotmail atau buat yang baru (File, New, dan Folder). Buka Inbox Hotmail dan klik serta heret mesej daripada Hotmail terus ke folder di Outlook Express.
posted by Nafis @ 9:57 PM   0 comments
Saturday, September 23, 2006
RAMADHAN DATANG LAGI...

SELAMAT BERPUASA
SEMOGA RAMADHAN KALI INI PENUH MAKNA
BUAT DIRI KITA...

10 TIPS MAKAN DI BULAN RAMADHAN

1. Berbuka dengan membaca doa.
2. Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2 biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing.
3. Bolehlah makan nasi & "noodles" (Nasi putih Mee/ Bihun} Berkuah/ Sup ,Nasi ulam Koayteow }Nasi kerabu)
4. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
5. Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.
6. Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.
7. Berhenti makan sebelum kenyang.
8. Lebihkan minum air.
9. Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.
10. Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak & berlemak spt Nasi putih, Oats/ Nestum, Roti/ Ban, Buah-buahan/ Kurma
*Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut.
posted by Nafis @ 1:13 AM   0 comments
Monday, September 11, 2006
Kisah Cinta
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.Pagi itu,walaupun langit telah mulai menguning,burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku,kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.Kuwariskan dua perkara pada kalian,Al Qur'an dan sunnahku.Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku,akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.Saidina Abu Bakar as SiddiQ menatap mata itu dengan berkaca-kaca,Saidina Umar al-Khattab dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Saidina Usman bin Affan menghela nafas panjang dan Saidina Ali b ABi Talib menundukkan kepalanya dalam-dalam.Isyarat itu telah datang,saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat,tatkala Saidina Ali dan Saidina Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.Disaat itu,kalau mampu,seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi,tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.Sedang didalamnya,Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah,ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu,Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah,dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri,tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril,jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir,wahai Rasul Allah,aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja,kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat,saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang. "Jibril,betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam,Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku,hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup,melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik,kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah,dahsyat nian maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin,kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Saidina Ali segera mendekatkan telinganya. "Uusiikum bis salati,wa maa malakat aimanukum,peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan,sahabat saling berpelukan.Saidatina Fatimah az-Zahra' menutupkan tangan di wajahnya, dan Saidina Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii,ummatii,ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan,berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini,mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma solli 'ala Muhammad wabaarik wa salim 'alaihi.Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya,seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka... Wallahu A'lam
posted by Nafis @ 6:45 PM   0 comments
Wednesday, June 28, 2006
EPILOG...PROLOG
Renungilah:
Semasa menghadapi dugaan, kita mungkin tidak bersedia, tidak berilmu/tertekan...oleh itu akal gagal dikawal sempurna, lemah dalam imbangi keadaan menyebabkan tindakan luar dugaan, kufur ni'mat, akhirnya terpalit dosa...Tetapi kita sebagai Muslim bertuhankan ALlah, kitab sebagai silibus utama & Nabi sebagai ikutan. Yakin serta mengharap padaNya.
2 perkara yang wajib diusahakan iaitu menuntut ilmu & mencari rezeki namun ada 2 perkara yang perlu diusahakan juga tapi kita kena redha...yakni jodoh & maut.
posted by Nafis @ 12:09 AM   0 comments
AKU

Name: Nafis
Home: Gombak Setia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
CUBA KLIK
 
Template by

Free Blogger Templates

BLOGGER